HTC Lancar Telefon Pintar Versi Plastik

Pengeluar telefon pintar HTC baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar terbarunya mereka iaitu HTC One E8. Menurut laporan yang dipetik dari Mynewshub, HTC One E8 merupakan variasi yang menggunakan kerangka polikarbonat di samping turut mempunyai sokongan dwi SIM.

Model terbaru ini akan tampil dengan 4 warna pilihan iaitu Putih, Hitam Kelabu, Biru dan Merah.

Telefon pintar HTC model One E8 ini juga akan mempunyai kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 MP

HTC One E8

HTC One E8 dengan 4 warna pilihan – Putih, Hitam Kelabu, Biru dan Merah

Dalam pada itu, pihak HTC menjelaskan bahawa HTC One E8 ini mempunyai banyak persamaan dalam fungsi pada HTC One M8, termasuklah sokongan Motion Launch yang membolehkan pengguna membuat beberapa perkara menggunakan ‘gesture’, selain turut mengekalkan fungsi seperti HTC BoomSound dan lain-lain.

Tambah pihak HTC lagi, telefon pintar HTC One E8 ini akan dipasarkan di beberapa buah negara terpilih bermula bulan Jun.

Kongsi pendapat anda