Hujan itu pembawa rahmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi diberi nikmat untuk bernafas pada hari ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Insya Allah.hujanHari ini dalam pada penulis bersiap-siap ingin pergi kerja, di pertengahan jalan tadi, awan telah mula mendung dengan gelap, dan keadaan jalan juga licin, angin pula semakin dingin, dan akhirnya hujan mula turun dengan lebat-selebatnya.

Penulis ambil keputusan untuk berhenti seketika dan mencari tempat berteduh. Sedang berteduh penulis teringat beberapa pesan tentang waktu mustajab untuk berdoa.

Waktu mustajab berdoa

Ada banyak sebenarnya waktu-waktu yang diharuskan untuk kita berdoa agar doa kita makbul antaranya ialah waktu ketika hujan turun. Hujan juga merupakan salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada semua makhluk.

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Al-Hakim, 2534, disahihkan Al-Albani di sahih Al-Jami’, 3078)

Tatkala turunnya hujan mulalah kita mendengar keluh kesah  di kalangan kita. Ada yang kata sebab hujanlah jadinya banjir, tak boleh pergi ke laut dan lain-lain.

Buat pembaca semua, yang jadikan banjir Allah, yang turunkan hujan juga Allah, lalu kenapa kita harus mempertikaikan segala urusan Allah. Besar manakah kita jika nak dibandingkan dengan kebesaran Allah?

Lalu hendaklah kita senantiasa bersyukur. Di sebalik turunnya hujan, ada rahmat yang menanti. Ketahuilah, kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Ingat ya, kalau hujan turun lagi selepas ini terus sahaja banyakkan berdoa. Mudah-mudahan Allah kabulkan kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mendengar.

Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda