Ibubapa Bengang Anak Duduk Atas Tar

Sejak malam tadi, isu pelajar didenda duduk atas tar kerana lewat datang ke sekolah menjadi topik hangat yang dibincangkan orang ramai.

Kejadian dipercayai berlaku di SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Selepas beberapa keping gambar dan video tersebar, ibu bapa mula melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dikenakan terhadap pelajar.

smk-ttdi-1

Datuk Dr Mohd Ali Hassan selaku Presiden Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional menganggap tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan.”Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,”

Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.

smk-ttdi-2

Ada juga netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada ibu bapa kerana terlalu manjakan anak-anak. tetapi bagi penulis tidak perlu untuk kita perbesarkan isu sebegini.

Ingat lagi dulu waktu penulis berada di alam persekolahan menengah, kalau lambat sahaja cikgu disiplin sudah bercekak pinggang sambil memegang rotan di tangan, kena pulak muka dia bengis. Haha.

smk-ttdi-3

Tapi tidak mengapalah kerana pelajar-pelajar ini pun selamat dan penulis ingin menasihatkan agar ibubapa dan guru saling berganding bahu demi kecemerlangan anak bangsa ini.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami melalui ruangan komen di bawah.

Kongsi pendapat anda