Ikan Paus 3 tan tersesat di Pontian

Bukan ikan kecil, tetapi dalam golongan mamalia terbesar!

Kira-kira 200 penduduk di sekitar kawasan ini terkejut apabila seekor ikan paus seberat 3 tan dan sepanjang 20 meter sesat di perairan di Pantai Rambah kira-kira pukul 2 petang tadi. Penemuan ikan paus itu menarik perhatian penduduk setempat yang disifatkan cukup unik kerana mamalia itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat perairan negara ini.

Bomba Pontian

paus di Pontian

Ikan Paus Rambah Pontian

Gerakan menyelamatkan ikan paus tersebut dilakukan oleh penduduk dan anggota penyelamat terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pontian dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan bagi menarik ikan paus yang berada hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan tebing Pantai Rambah.

Kongsi pendapat anda