iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus Di Malaysia Pada 6 November

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan para peminat iPhone di Malaysia, kenyataan rasmi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan dijual di Malaysia bermula 6 November.

Apple sebelum ini telah mengeluarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada bulan September yang lepas, dan Malaysia dilihat merupakan negara dibawah fasa ke-empat untuk menerimanya. iPhone 6 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus merupakan phablet pertama daripada Apple dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

iPhone 6 dengan dua saiz skrin

Di Malaysia, iPhone 6 akan dijual pada harga RM2399 untuk versi 16GB, RM2749 untuk 64GB, dan juga RM3149 untuk versi 128GB. Sementara untuk iPhone 6 Plus pula, ia akan dijual pada harga bermula RM2749 untuk 16GB, RM3149 untuk 64GB, dan juga RM3549 untuk 128GB.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual oleh para pengedar rasmi Apple, selain turut ditawarkan oleh pihak syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan juga Celcom. Melalui pelan DiGi, telefon pintar ini akan dijual pada harga bermula RM1181 untuk iPhone 6, dan juga RM1516 untuk iPhone 6 Plus.

Kepada yang belum tahu kehebatan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus boleh baca di entri salah seorang peminat tegar iPhone iaitu “iPhone 6 dan iPhone 6 Plus produk terbaru Apple“. Kepada peminat Apple yang hendak membeli iPhone 6 dengan rebet RM200? Jangan lepaskan peluang untuk membelinya hanya di Lazada Malaysia.

Iphone 6 Lazada

Kongsi pendapat anda