Isteri Pelakon Veteren Meninggal Dunia

Dunia lakonan diberitakan dengan berita yang cukup menyayat hati dimana isteri seorang pelakon veteren tanah air iaitu Datuk Jalaluddin Hassan kehilangan isteri tercinta Datin Hashimah Aksan, 64, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 3:00 pagi pada Sabtu yang lalu.

jalal

Difahamkan, isteri beliau Allahyarhamah Datin Hashimah Aksan menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat komplikasi pembedahan jantung.

Allahyarhamah mempunyai 8 orang cahayamata dan 14 orang cucu.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Kongsi pendapat anda