“Isu Keselamatan Android Telah Dibaiki” – Google

Minggu ini, Wikileaks telah mendedahkan, terdapat banyak kelemahan keselamatan bagi pengguna iPhone, Android dan ‘Smart TV‘ yang boleh diceroboh dan diguna pakai oleh CIA, sebuah agensi perisik pusat milik Amerika Syarikat.

petikan-artikel-wikileaks

Petikan artikel dari Wikileaks. Baca artikel penuh di sini.

36 jam selepas artikel tersebut dikeluarkan, Google mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membaiki dan melindungi pengguna telefon yang dikuasai Android dan sistem pengendalian Chrome dari ancaman itu.

Apple juga telah memberikan kenyataan yang sama, di mana mereka telah membaiki pelbagai kelemahan yang terdapat pada iPhone dan iPad yang membuatkan alat tersebut rentan pada ancaman yang dikemukakan.

google

Heather Adkins, Pengarah Keselamatan dan Kerahsiaan Maklumat Google, mengemukakan kenyataan berikut;

“Setelah kami menyemak dokumen-dokumen yang dikemukakan, kami yakin bahawa kemas kini keselamatan dan perlindungan di dalam Chrome dan Android telah melindungi pengguna daripada kebanyakan kelemahan yang didakwa.
Analisis yang kami jalankan adalah berterusan dan kami akan melaksanakan apa-apa perlindungan tambahan apabila diperlukan.
Kami sentiasa menjadikan keselamatan sebagai keutamaan dan kami akan berterusan melakukan pelaburan dalam isu pertahanan. ”

– Heather Adkins.

Kongsi pendapat anda