Jackie Chan Terima Anugerah Oscar

12 November 2016 yang lalu merupakan satu tarikh paling manis buat pelakon antarabangsa Jackie Chan, 62 tahun.

Beliau telah menerima Anugerah Oscar istimewa berikutan pencapaian hebatnya dalam industri filem antarabangsa.

Anugerah Oscar Jackie Chan

“Setelah hampir 56 tahun berada dalam industri perfileman, dan membuat lebih daripada 200 filem, dan selepas banyak tulang yang patah, akhirnya!!,” Jackie Chan berseloroh pada majlis itu sambil memegang Oscar beliau.

Tambahnya lagi, “saya akan terus membuat filem, melompat melalui tingkap, menendang dan menumbuk, mematahkan tulang saya”.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jackie Chan.

jackie-5 jackie-3 anugerah-jackie

 

 

Kongsi pendapat anda