Jangan Hukum Frank Lampard

DIDIER DROGBA meminta penyokong Chelsea tidak ‘menghukum’ bekas bintang kelab itu, Frank Lampard pada pertemuan menentang Manchester City pada Ahad.

Drogba memberitahu, hal ini kerana, Lampard masih bersama Chelsea dan akan terus bersama kelab itu dan penyokongnya.

frank lampard dipinjamkan ke manchester city

Lampard dipinjamkan ke Etihad dari New York City yang dimiliki kelab tersebut selepas 13 tahun bersama Chelsea.

“Tidak penting dengan kelab mana dia bermain sekarang. Dia tetap bersama kita (chelsea). Dengan apa yang telah dilakukan, dia tetap pemain Chelsea.

“Dia telah membuatkan penyokong gembira dan bersorak sepanjang kariernya di Chelsea.

“Dia sebahagian daripada sejarah kelab dan penyokong juga tahu apa yang telah disumbangkan olehnya,” jelasnya.

Drobga, 36, yang merupakan salah seorang daripada bintang Chelsea pernah meninggalkan kelab tersebut selama dua tahun sebelum kembali pada musim ini

Kongsi pendapat anda