Jangan Menggangu Tunang Orang

Ok, tajuk “panas” hari ini adalah berkisar tentang jangan menggangu tunangan orang. Pembaca semua jangan salah faham ya tentang tajuk ini. Ianya tiada kaitan dengan diri penulis. Ini adalah hasil pemerhatian penulis tentang satu drama malam tadi. Tidak perlu untuk penulis menyatakan tajuk tersebut kerana takut-takut mengganggu ‘trafic viewers’ nanti. Haha.

“Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan”.  (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas ini jelas melarang seorang muslim meminang pinangan saudara muslimnya yang lain. Akan tetapi larangan ini dikecualikan jika peminang pertama telah meninggalkan perempuan itu atau jika lelaki pertama telah memberi izin kepada peminang kedua.

proses-bertunang

Larangan yang terdapat di dalam hadis di atas membawa maksud HARAM dan pengharaman ini bertujuan untuk melindungi hak lelaki pertama.

Jadi tentang drama malam tadi yang penulis lihat, pelakon tersebut jelas mengatakan “itu tunangan orang” tetapi akhirnya drama ini berkisarkan tentang bagaimana pengakhiran cinta tiga segi ini. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana memang sah-sah pelakon lelaki itu dah nak kahwin dengan wanita yang dicintai tup tup ada pula pelakon wanita datang atas alasan nak jadikan sebagai kawan.

tunang-2

Ingat ya, mula-mula kawan, lama-lama jatuh cinta. Ala penulis dah faham sangat drama melayu ni. Tetapi hukum-hukum Islam yang dibuat main. Nauzubillah!!

Jadi kepada yang bercinta dengan tunang orang atau masih lagi tercari-cari, pilihlah yang masih belum berpunya lagi. Kenapalah yang tu jugak yang dia nak! Bunga dengan kumbang banyak kot.

Carilah bunga yang belum disunting dan tak dihinggapi oleh kumbang lagi. Bohonglah kalau ada yang mendabik dada berkata “Aku tak perlukan cinta!” Ingat ya, cinta bukan sekadar luahan perasaan kasih dan sayang, tetapi juga belaian dan perhatian.

Hubungan yang bermula dengan sesuatu yang dilarang dan dilaknat oleh Allah sukar untuk bahagia. Apapun, cintailah orang yang berhak dicinta.

Semoga bermanfaat.

cincin-tunang wedding

Kongsi pendapat anda