Jemaah Haji pertama 2016 berlepas pagi khamis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 489 berlepas ke tanah suci awal pagi Khamis dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad, MH800.


Kesemua jemaah dijangka tiba di Madinah jam 9.10 pagi waktu tempatan selepas penerbangan selama 8 jam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata jemaah haji perlu menjaga diri dan mengelak daripada terdedah kepada cuaca panas.


“Kami menjangkakan cuaca semasa musim haji adalah panas dengan suu ang boleh mencapai tahap tinggi dalam lingkungan 50 darjah Celsius,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Selain itu, beliau juga berkata bagi musim haji tahun ini, 22 penerbangan yang membawa jemaah ini menggunakan pesawat A380 MAS, manakala 25 penerbangan lagi menggunakan pesawat Boeing 747 Saudi Airlines yang boleh memuatkan 450 jemaah bagi setiap penerbangan

Penerbangan terakhir ke tanah suci dijangka berlepas pada 5 September ini.

Kongsi pendapat anda