Jenayah Siber Mesin ATM

Februari, Bangladesh – Bank Sentral Bangladesh mengalami kerugian sebanyak 81 juta dolar Amerika. Antara rompakan digital terbesar direkodkan setakat ini.

Awal tahun ini, Rusia: Bank – bank di Rusia kehilangan lebih 28 juta dolar Amerika.

atm-tunai

Mesin ATM menjadi terget jenayah siber kini.

Selain kes yang dilaporkan di atas, kini beberapa buah negara Eropah juga termasuk dalam senarai negara mangsa kes rompakan digital mesin ATM, setelah Taiwan dan Thailand sepanjang tahun ini.

Kes ini diperakui oleh Group-IB, sebuah Syarikat Global Sekuriti Siber, yang bertindak merahsiakan nama-nama bank yang teah berjaya dicepumaskan (jackpotted).
Walaubagaimanapun, telah dinyatakan bahawa mangsa jenayah ini terdiri dari pelbagai negara, antaranya Rusia, United Kingdom, dan tidak terkecuali, Malaysia.

Para penggodam (hackers) telah maju setapak lagi dari kaedah yang digunapakai sebelum ini — iaitu, mencuri nombor kad pembayaran (payment card numbers) dan mencuri perakuan perbankan atas talian (online banking credentials).

Cara baru ini lebih menguntungkan kerana dengan menggodam sistem rangkaian bank, mereka bukan sahaja mendapat akses kepada mesin-mesin ATM, bahkan mereka juga mampu memasuki sistem rangkaian pembayaran elektronik (electronic payment networks).

Oleh itu, dinasihatkan agar kita semua lebih berjaga-jaga dalam menjaga maklumat peribadi, terutama yang berkaitan dengan sistem perbankan.

 


 

jackpotted – dicepumas. Terma yang digunakan untuk merujuk kaedah memaksa mesin ATM meluahkan duit.
hackers – penggodam. Pengguna komputer yang menceroboh masuk ke satu-satu sistem tanpa kebenaran.
payment card numbers – nombor kad pembayaran.
online banking credentials – perakuan perbankan atas talian. Maklumat yang diperlukan untuk memperakui sistem pembankan atas talian.
electronic payment networks – rangkaian pembayaran elektronik.

Kongsi pendapat anda