Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan

KUALA BERANG: Jenazah  pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun selamat dikebumikan kira kira jam 1.30 pagi tadi.

Mayat Ahmad Rafikin ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu berdekatan sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu kira-kira jam  3.30 petang pada Selasa. Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat. Jenazah kemudianya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara,Kuala Berang.

gambar Ahmad Rafikin AzmanAhmad Rafikin pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tidak menyelesaikan acara maraton itu Gunung Gajah Terom pada Sabtu lalu. Bapanya Azman Othman, 50, menyedari kejadian itu kira kira jam 3 petang dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 6 petang pada hari sama. Sementara itu,pasukan mencari dan menyelamat mengakui usaha untuk membawa turun mangsa menghadapi kesukaran berikutan keadaan laluan yang licin.

Kongsi pendapat anda