Jorgensen Bersikap Tidak Profesional

Berlaku satu insiden yang dianggap tidak profesional dibuat oleh pemain lawan ketika perlawanan Siri Super Terbuka China 2016 sehingga membangkitkan kemarahan netizen dan peminat badminton tanah air pada Sabtu lalu.

Insiden yang diperkatakan ialah ketika perlawanan separuh akhir diantara Iskandar (MAS) vs Jorgensen (DEN) yang mana Jorgensen dilihat dengan sengaja melemparkan baju milik Iskandar yang mengandungi lambang Jalur Gemilang.

iskandar

Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.

Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya,” katanya.

Nasihat penulis selaku pemain-pemain yang sudah berada di peringkat antarabangsa, sepatutnya mereka sudah menanam sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Biarlah di dalam gelanggang sebagai lawan, tetapi di luar gelanggang kita kawan.

Kalah menang itu kan adat. Walaupun kita menang tetapi sikap kita tidak menggambarkan dengan baik pun tiada guna juga.

iskandar

Penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada Iskandar kerana berjaya melangkah ke separuh akhir China Open 2016, walaupun kalah dalam perlawanan ini menentang Jorgensen, satu pengalaman yang bernilai untuk Iskandar melakukan peningkatan dan mengenali permainan pihak lawan.

Syabas Malaysia.

Bagi yang terlepas artikel sebelum ini, baca di sini http://www.asamboi.my/siri-super-terbuka-china-2016-iskandar-mara/.

Kongsi pendapat anda