Jumlah Kadar Dividen KWSP EPF 2016

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan 5.70 peratus kadar dividen untuk tahun 2016 dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.

KWSP mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM46.56 bilion pada 2016, naik 5.25 peratus berbanding RM44.23 bilion pada 2015.  Ini merupakan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 11.10 peratus sejak 2001.

Jumlah Kadar Dividen KWSP 2016 EPF Terkini

Ramai pencarum KWSP pasti mengharapkan kadar dividen EPF tahun 2016 ini tinggi dari tahun sebelumnya. Untuk makluman, kadar dividen ASB telah diumumkan pada hujung tahun 2016 dengan mencaatatkan sedikit penurunan. Jumlah dividen atau bonus Tabung Haji pula dijangka diumumkan sekitar Februari 2017

“Sejak krisis kewangan global pada 2008, KWSP telah mengagihkan RM236.07 bilion dividen kepada ahlinya,”

Pembayaran dividen diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017 melalui i-Akaun di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kios KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Kongsi pendapat anda