Kadar Dividen Dan Bonus ASB dan ASN 2016

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Dalam pada itu ASNB telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 22 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017 bagi pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2016.

Pada tahun lalu, agihan pendapatan tabung itu adalah sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), agihan pendapatan adalah 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

Agihan pendapatan ASB dan ASN itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Kongsi pendapat anda