Kadar Dividen Tabung Haji 2016

Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menikmati pendapatan atau keuntungan tahunan untuk simpanan di dalam akaun Tabung Haji mereka. Pendapatan ini dikenali sebagai Bonus Pendeposit, dan ia biasanya terdiri daripada Bonus Tahunan (dividen) dan Bonus Haji (bonus).

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengisytiharkan pembayaran Hibah Pendeposit Tahunan TH sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2016. . Bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit.

Hibah Haji adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Berbeza dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan serta bonus di dalam Tabung Haji telah siap ditolak zakat, jadi dividen dan bonus TH bolehlah dianggap sebagai untung bersih tahunan.

Pengiraan Dividen Tabung Haji 2016 adalah seperti berikut:

Bermula pada Isnin, 6 Februari 2017 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2016 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

NOTA:* Hibah Haji – HIbah khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Kongsi pendapat anda