“Kalaulah Aku..”

 

“Kalau aku belajar betul-betul dulu, mesti sekarang aku hidup senang..”
“Kalau dia tak sabotaj aku dulu, tak adalah aku jadi macam ni..”
“Kalaulah aku ni kaya macam si polan, aku dah ada kereta Ferrari empat biji dah sekarang ni..”

 

lelaki-yang-menyesal

Sering terjadi dalam kehidupan, manusia menyesali perkara yang telah terjadi.
Kadang kala kesalan itu berlaku disebabkan perbuatan sendiri atau sesuatu yang berlaku ke atas diri hasil tindakan orang lain.
Boleh jadi juga ia bukan salah mana-mana peribadi.

 

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ الطَّنَافِسِيُّ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ عُثْمَانَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏”‏ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ فَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ ‏”‏ لَوْ ‏”‏ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ ‏”‏ ‏.‏

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: “Rasulullah (ﷺ) berkata: ((“Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, walaupun setiap satunya mempunyai kebaikan. Berusahalah untuk sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada kamu, dapatkan bantuan daripada Allah, dan jangan merasa tidak berdaya (lemah). Jika sesuatu menimpa kamu, janganlah mengatakan, “Kalaulah dulu aku berbuat begitu dan begitu..”, tetapi katakanlah, “Qaddara Allahu wa ma shaa’a fa’ala (Allah telah menetapkannya, dan apa sahaja yang Dia kehendaki, akan berlaku).” Adapun perkataan “kalau” itu membuka (pintu) kepada urusan-urusan syaitan.”))

-Hadis Sahih, Sunan Ibn Majah

kesalan-pemain-besbol

Perkataan “kalau” yang dirujuk di dalam hadis merupakan “kalau” yang berbentuk penyesalan. Untuk menggunakan perkataan yang sama (‘kalau’) dalam definisi yang berbeza, seperti ingin merujuk kepada sesuatu yang bakal terjadi atau untuk merujuk kepada sesuatu contoh, ia tidaklah menjadi satu kesalahan.

Awas!
Syaitan mampu menyuntik jarum-jarum kemunkaran hanya dari permulaan lidah menyebut satu perkataan yang sarat dengan sesalan.
Maka, berhati-hatilah.

Kongsi pendapat anda