Karl Shafek Dan Ajak Shiro Kemalangan

Pelakon dan pengacara Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan pelakon Ajak (Shiro) dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara di sini pada petang Khamis.

Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya.

Karl Shafeq dan Ajak Shiro kemalangan

“Semasa kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak.

“Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam.

“Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam.”

Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan.

“Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, ” katanya.

Kongsi pendapat anda