Ke Garisan, Sedia, Awoo…

bbw-poster

Hari ini bermulanya jualan buku Big Bad Wolf (BBW) di MIECC, The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Ia akan berlangsung selama 10 hari, iaitu 9 Disember sehingga 19 Disember 2016.
Anda boleh hadir pada bila-bila masa sepanjang 10 hari tersebut kerana ia dibuka 24 jam tanpa henti.

Sejumlah 4 juta buku dijual dengan potongan harga sebanyak 75% – 95% bagi setiap buku.

bbw-kempen

“Ada yang membaca, ada yang berlagak membaca”

BBW juga sudah melancarkan kempen hashtag #stopbuyingstartreading untuk memperingatkan orang ramai agar buku yang dibeli perlu dibaca.

Semoga aktiviti seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi rakyat yang membaca.

Dapatkan info lanjut di laman web rasmi BBW, http://www.bigbadwolfbooks.com/2016/kl/.

Kongsi pendapat anda