Keadaan jerebu meruncing, sila ambil langkah berhati-hati.

Melihatkan keadaan jerebu yang saban hari semakin meruncing, kita perlu mengambil langkah untuk mengurangkan aktiviti di luar. Walaupun anak-anak diberikan cuti sekolah, namun kelihatan ramai yang bermain di laman rumah bersama rakan-rakan dalam jiran tetangga.

Janganlah mengambil remeh perkara jerebu ini, kerana ianya merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Partikel-partikel kecil yang tidak dapat dilihat ini amat berbahaya jika kita tidak cuba mengambil langkah berhati-hati.

Jerebu di Kuala Lumpur

Foto/SAFWAN MANSOR

Pastikan anak-anak kecil yang berada dalam linkungan kita berada dalam rumah dan diberikan air kosong secukupnya, sekiranya ada tanda-tanda sesak nafas dan sebagainya, sila rujuk ke klinik atau hospital berdekatan.

Sama-sama kita berdoa agar masalah jerebu ini akan selesai dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda