Kebakaran Di Israel Kian Reda

Kebakaran besar yang menimpa Israel sejak beberapa hari kini telah mula reda. Pasukan bomba telah berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan Tebing Barat selama lima hari itu.

Bomba memadamkan api

Penulis dikhabarkan bahawa tiada kematian setakat ini tetapi seramai 112 orang telah mengalami kecederaan. Walaubagaimanapun mereka kini sedang mendapatkan rawatan.

Dianggarkan bahawa hampir 700 buah rumah telah hangus dijilat api dan hampir ribuan hektar tanah musnah gara-gara kejadian ini.

1-israel-terbakar

“Tiada lokasi aktif yang tinggal. Sejak malam kelmarin, keadaan agak tenang. Kami tiada aktiviti baru,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy.

Israel telah dilanda kebakaran api yang sangat besar dan marak sejak beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang berlarutan selama empat hari itu telah memusnahkan rumah kediaman, hutan dan juga beberapa bangunan yang lain.

Penulis tidak mahu memihak kepada mana-mana. Tapi nasihat penulis agar kita ambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku ini.

2-israel-terbakar

 

Kongsi pendapat anda