Keberanian Syazwan Zainon Wajar Dipuji

Belum pun habis kempen Piala AFF Suzuki 2016, sudah ada beberapa kisah lucu dan mencuit hati. Lebih menarik ianya sekaligus membanggakan rakyat Malaysia.

What..?? What..?? Ini ialah diantara kata-kata yang sering dipercakapkan oleh netizen.

2-syazwan

Syazwan Zainon merupakan pemain skuad harimau kebangsaan yang membuat jaringan sulung bagi kempen Piala AFF Suzuki 2016. Beliau bukan sahaja dianggap wira tetapi juga kerana keberanian beliau bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika ditemuramah wartawan. Video temuramah yang dibuat selepas perlawanan berakhir itu rancak dikongsi netizen sejak kelmarin.

jadual-aff-2016

Rata-rata netizen mengucapkan syabas dan tahniah diatas keberanian tanpa segan silu bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun tidak berapa fasih dan lancar.

“respect kerana dia cuba juga cakap. kalau kita belum tentu lagi kan”

 

“tahniah sebab cuba..tahniah bro”

 

“Tahniah, Syazwan! Kamu memang bagus”

Skuad kebangsaan kini mendahului 3 mata penuh pada peringkat kumpulan dengan perbezaan gol selepas Vietnam menang ketika menentang Myanmar. Perlawanan seterusnya adalah pada esok (Rabu). Ayuh kita berikan sokongan kepada mereka.

Kongsi pendapat anda