Kedah haramkan Pokemon Go

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kedah menjadi negeri pertama mengeluarkan fatwa permainan realiti maya di telefon pintar Pokemon GO adalah haram.

Fatwa tersebut diputuskan dalam mesyuarat 10 ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung di pejabat Anak Bukit, di sini, hari ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin menggesa agar Pokemon GO disekat di Malaysia.

“Kita mahu lebih daripada itu. Kita mahu perkara ini dihalang dan disekat oleh pihak yang ada autoriti untuk menghalang, sebab kita rasa kalau hanya kita mengeluarkan hukum sebagai haram, orang masih buat juga.

“Kami dapati bahawa kemudaratan yang tercetus daripada permainan Pokemon GO ini adalah lebih besar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, di sini, pagi tadi.


Sebelum ini, mufti di beberapa negeri temasuk Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menggesa semua negeri tidak membenarkan umat Islam bermain Pokemon GO.
Permainan di telefon pintar yang menggunakan teknologi realiti maya dan GPS itu dilihat mengundang kemudaratan kepada masyarakat.

Berikut ialah 10 perkara yang digariskan dalam panduan keselamatan berkenaan:

1. Lindungi maklumat peribadi anda

Permainan ini menghendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup mendedahkan maklumat peribadi anda. Ibu bapa juga harus sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokemon Go.

2. Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian

Berhati-hati dengan aplikasi mudah alih palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau ‘malware’.

3. Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah alih, ia mungkin menelan belanja yang tinggi.

Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dan insentif-insentif lain yang harganya boleh mencecah US$99.99 atau RM403.86 (untuk 14,500 syilingPoke). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.

4. Sambungan data

Pokemon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wifi atau data mudah alih, sama ada 3G atau 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah alih anda.

5. Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda

Pokemon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlaku kecemasan.

6. Jangan masuk ke kawasan berbahaya atau kawasan larangan atau tempat beribadat, hormati privasi kawasan-kawasan berkenaan

Jangan merayau atau memasuki kawasan berbahaya dan kawasan-kawasan larangan atau tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokemon.

7. Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda

Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.

8. Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal atau memandu kereta ketika menggunakan telefon anda

Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal atau motosikal, mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika bermain Pokemon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan dan anggota keluarga anda.

9. Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokemon Go harus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat:

    Niantic,Inc.

    2 Bryant Street

    Suite 220, San Francisco, CA 94105

    Amerika Syarikat

    Laman sesawang: http://www.nianticlabs.com

10. Melaporkan isu melibatkan PokeStop atau Gym

Di https://support.pokemongo.nianticlabs.com/hc/en-us/articles/221968408Reporting-Po keStop-orGym-Issues

Kongsi pendapat anda