Kek Pilih Kasih

Memandangkan hari ini ramai orang berkongsi tentang resepi tidak kira resepi masakan, resepi kek, resepi rumah tangga (eh), haha jadi hari ini penulis ingin berkongsi tentang sejenis kek yang di panggil Kek Pilih Kasih.

kek-1

Jadi kalau anda penggemar kek, jangan segan-segan untuk mencuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  1. 450gram mentega.
  2. 10 biji telur.
  3. 1 sudu teh esen vanila.
  4. 6 sudu makan milo.
  5. 3 sudu makan gula hitam.
  6. 2 gelas kacang tanah yang sudah di kisar halus.
  7. 300gram bijan.
  8. 1/2 gelas tepung gandum.
  9. 2 1/2 gelas tepung roti marie – 315gram.
  10. 200gram horlick.
  11. 1/2 tin susu manis.
  12. 1 1/2 gelas gula halus.
  13. 1 tin kecil kaya.

Cara membuat :

  1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga rata.
  3. Kemudian, masukkan susu ,kaya ,vanila ,gula hitam ,milo ,horlick ,tepung roti,kacang dan bijan dan dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan dalam acuan yang disediakan.
  5. Kukus selama 4 jam atau sehingga masak dengan api yang perlahan.

Kredit to : Noriah Kapli.

Selamat mencuba.

kek-2 kek-3

Kongsi pendapat anda