Kelainan Kanggaru

 

kangaroo-poket-dan-anaknya

Apa yang anak kanggaru itu cari, ya?

Mengapa kanggaru amat sinonim dengan Australia, bukan negara-negara lain, walaupun spesisnya (seperti wallaby) masih dapat ditemui di zoo negara luar Australia?

Ini adalah kerana kanggaru merupakan haiwan endemik Australia. Haiwan endemik bermaksud haiwan yang hanya terdapat di satu-satu tempat tertentu sahaja. Disebabkan keistimewaan ini, ia diimport oleh negara luar Australia untuk berkongsi keprihatinan mengenai kewujudan haiwan ini.

Apabila menyebut mengenai jenis kelas haiwan (seperti mamalia, reptilia dan sebagainya), kanggaru dikelaskan sebagai haiwan marsupial, dan secara umumnya juga dimasukkan di dalam kelas mamalia.

Apakah maksud marsupial? Marsupial merupakan haiwan yang mempunyai poket di badannya. Marsupial tidak semestinya dikelaskan sebagai mamalia. Poket di badan kanggaru berfungsi sebagai rumah untuk anaknya sehingga ia berumur 10 bulan.

Menarik, bukan?

Kongsi pendapat anda