Keluar di jalan Allah utk belajar jadi Ahli Yakin

Gambar ni aku screen shoort dari app meteoearth yg biasa aku gunakan utk turun ke laut utk memancing…apa yg memeranjatkan 2 gambar tu adalah 2 sisi yg aku ambik satu dari ruangan angkasa amerika dan caribean dan satu lagi asia utara sabah philipine dan selatan taiwan …

sesuatu adg berlaku dimana kalau kita cek kelajuan angin tu lebih kurang 90-100 km/jam…aku bukan melihat sekadar kelajuan angin tapi melihat kemarahan Allah kpd manusia yg semakin tolol dalam menguruskan semua nikmat yg telah Allah bagi pada kita…

Pesan arwah kiyai kita sedang memasuki fasa terakhir sebelum dunia ni sebentar lagi akan di tamatkan oleh Allah..Allah telah pilih kita menjadi umat yg akan melihat tanda tanda kiamat berlaku dan Allah telah pilih kita utk buat usaha untuk menyelamatkan manusia dari bakaran api neraka..terapi ketika itu kita akan berhadapan langsung dgn fitnah yg amat besar iaitu dajal laknatullah…pesan beliau lagi semua orang akan hanyut dibawa sihir dajal ahli ekonomi ahli sains ahli politik ahli dunia semua akan kerugian kecuali satu golongan iaitu ahli yakin…

Siapkah ahli yakin itu…kiyai menambah ahli yakin itu adalah orang yang apabila di timpa masalah fokusnya masih melihat kudrat Allah…contoh apabila dilanda masalah yg kecil atau yg besar dia wuduk dan terus solat hajat 2 rakaat ..dari solat nya itu semua masalahnya akan selesai…yg lapar akan dpt makanan dari solatnya…yg miskin akan jadi senang dan yang sakit akan jadi sembuh…hanya melalui solat 2 rakaat..kalau aku cakap macam ni pasti ramai yg tak setuju..mmg lah kita kena solat kita kena doa tapi kita kena usaha (org yg cakap macam iman dia sdg rosak) sejak bila pulak Allah berhajat kpd kita punya usaha menjadikan sesuatu..utk jadikan manusia pun Allah guna 100% kudrat Allah..usaha kita semua kena buat tapi kita kena nafikan ..kita berkerja dan berniaga tapi Allah tak berhajat kpd kerja dan berniaga utk bagi rezeki kpd kita..sebab rezeki adalah dtg dr Allah..

ahli yakin ialah orang yg setiap hari bercakap menafikan kekuatan makhluk dan mengisbadkan kudrat Allah…zahirnya kita melihat makanan boleh bagi kenyang tapi hakikatnya kita kena nafikan makanan tak boleh bagi kenyang selain Allah memgenyangkan…kita makan bukan nak kenyang tapi kita makan sebab perintah Allah…Allah tak berhajat dgn makanan memyebabkan kita boleh hidup..sbb Allah pernah tidurkan 7 pemuda selama 309 tahun tanpa makan dan minum dan mereka masih hidup..

apapila usaha penafian ini kita buat setiap hari ..yakin kpd Allah akan bertambah..satu hari nanti akan dtg bapak segala makhluk iaitu dajal maka kita akan nampak dia adalah dajal dan dia adalah makhluk yg tak boleh buat apa2 ..walaupun kita nampak depan mata kita dajal akan hidupkan org mati tapi sbb tarbiah yakin telah kita latih dalam hati dan apabila dajal dtg kita akan ko dajal mahhluk ..tuhan aku adalah Allah..maka kita akan terlepas dari fitnah dajal…

Tengok lah gambaran dalam meteoearth ribuat taufan dimana mana ..setiap hari 3000 gempa bumi berlaku dimana mana…Allah sedang menunggu taubat kita…bila kiamat datang tak kira apa pun fahaman politik sempit yg kita anuti tidak berguna..UMNO ke PAS KEADILAN AMANAH DAP MCA MIC ( maaf aku aku bukan benci org politik)…semua ni langsung tak membantu kita kecuali orang yg buat usaha atas haqqul yakin dgn semua kudrat Allah…

Kiyai aku cakap dgn semua ulama ulama pondok kelantan yg hadir menziarahi beliau..utk usaha belajar jadi ahli yakin kamu semua kena khuruj 3 hari..dan alhamdulilah semua ulama ulama tok tok guru yg hadir ketika telah keluar 3 hari…

Allah bagitahu usaha agama ni Allah akan bagi kpd 3 golongan . Surah fatir ayat 32
1.golongan yg menzalimi diri mereka sendiri..30 tahun dulu yg buat usaha dakwah ni dikalangan orang orang miskin orang hisap dadah dan org yg tidak di pandang oleh masyarakat..

2.Golongan pertengahan …maksudnya adalah orang yg menjadi tokoh dalam masyarakat ceo ceo company datuk tan sri menteri orang orang kaya…ini pun skrg dah berlaku bekas pengerusi airasia datuk pahamin rejab baru je kemarin berangkat ke india utk keluar disana…menteri 2 juga bnyk yg sudah keluar seperti mb perak skrg artis artis yg terkenal pun dah ambil usaha ini..

3.yg terbaik dikalangan mereka ..maksudnya ulama ulama tok tok guru tokoh2 agama…kalau di indonesia tokoh ulama mereka seperti ustaz zulkarnain dari majlis ulama indonesia (MUI) kiyai kiyai di indonesia pasemtren temboro yg di panghil sebagai kg madinah di malaysia ulama ulama pondok kelantan 80% ulama dan ustaz pondok pasir tumboh kelantan telah keluar di jalan Allah..di thailand usaha di kalangan ulama sudah berulama awal 80 an lagi

Soalan kita ni yg belum mahu keluar di jalan Allah utk belajar jadi ahli yakin berada dalam kelompok yg 1..2…3…atau kita akan ketinggalan..akhir tercicir jadi pengikut dajal..nauzubillah..

Wallah ullam hanya pendapat org jahil spt aku entah betul atau tidak ..semoga Allah ampun kan aku yg jahil ni

di petik dr fb Mohd Amin Hassan

 

Kongsi pendapat anda