Keluarga Restu Hubungan Shahrul & Adira (AF8)

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui keluarganya merestui percintaannya dengan penyanyi Adira.

Shahrul berkata, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, sudah pun bertemu dengan keluarganya dan mereka cukup senang dengan penyanyi itu yang ramah selain bijak mengambil hati kedua-dua orang tuanya.

kekasih adira af8

Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah,” kata Shahrul.

Shahrul ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Shahrul sudah bersedia untuk melamar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8) itu sebagai isteri, namun kerana kesibukan kerja masing-masing membuatkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Kongsi pendapat anda