Kem yang menakutkan

Assalamualaikum & Salam Ceria

Telah tersebar satu video yang menayangkan beberapa orang peserta program yang menjerit-jerit ketakutan tatkala mereka perlu menyeberangi sebuah kolam yang diletakkan ular.

Rakaman video yang berdurasi selama 2 minit 11 saat itu memaparkan sekumpulan remaja dalam sebuah program yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook.

4-2

Di samping itu, pihak netizen telah mula mengecam tindakan jurulatih ini yang disifatkan sebagai “melampau”. Malah sesetengah netizan juga melabel ‘terlalu bodoh’ gara-gara menggunakan ular dalam sebuah program

“Budak sekolah rendah kot, ank didera mental seperti ini memang satu perlakuan yang amat bodoh!!”

“Tidak sepatutnya berlaku.. Berfikirlah dahulu kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu.. Agar tidak sengsara dikemudian hari”

“Saya sebagai ibu bapa memang melarang keras, ibu bapa jangan berdiam diri, perlu buat laporan”

Walaubagaimanapun eloklah sekiranya kita ingin melakukan sesuatu, fikir buruk baiknya.

Idea untuk melakukan program seperti ini ada baiknya juga seperti membina semangat sepasukan, meningkatkan potensi diri dan lain-lain. Tetapi mungkin perlu diubah dari sudut pengisian modul agar setaraf dengan usia peserta.

Latihan yang disifatkan sebagai aras tinggi ini mungkin akan menyebabkan beberapa peserta mengalami trauma, takut, fobia dan sebagainya.

Tidak diketahui di mana lokasi kejadian. Akan tetapi pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyiasat perkara ini.

Kongsi pendapat anda