Kemalangan Maut Bas Terbabas di Johor

Empat belas orang maut manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi.

Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan.

Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan.

Seramai 27 anggota bomba dari tiga balai iaitu Muar, Yong Peng dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian. Operasi tamat sepenuhnya pada 7.10 pagi.

Kongsi pendapat anda