Heboh di media, terutama media sosial Facebook mengenai pemberian percuma 15 buah kereta Myvi.
Hebahan yang dinyatakan di dalam akaun Facebook milik Perodua Malaysia Company ini menjadi viral apabila antara syarat yang diletakkan untuk memenangi kereta tersebut ialah peserta perlu share post tersebut.
Untuk menangani maklumat palsu ini, Perodua Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan mereka tidak melaksanakan aktiviti sedemikian dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun bernama Perodua Malaysia Company tersebut.
Setelah keluar kenyataan ini, akaun Facebook Perodua Malaysia Company tidak lagi keluar dalam hasil carian di Facebook.
Walaubagaimanapun, orang ramai masih berpeluang memenangi sebiji Proton Axia di Karnival MYPerodua Nation seperti yang dinyatakan di portal rasmi Perodua, http://www.perodua.com.my/press-release/view/330.
Dapatkan maklumat lebih lanjut di laman dan akaun-akaun rasmi Perodua.
Laman sesawang: http://www.perodua.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/myperodua/
Instagram: https://www.instagram.com/myperodua_instagram/?hl=en