Keputusan Manchester City vs Arsenal

Perlawanan yang sangat ditunggu oleh peminat Manchester City dan Arsenal. Perlawan pertama Arsenal vs Manchester City pada 13/9/2014 di Emirates berakhir dengan keputusan seri. Persaingan perlawanan kedua di Etihad pasti lebih sengit dan ramai menjangka akan memihak kepada tuah rumah.

Manchester City vs Arsenal

Jangka semua salah apabila Arsenal dari awal menguasai perlawanan dan berjaya menjaringankan gol oleh sepakan penalti Cazorla apabila Monreal dijatuhkan oleh Kompany dalam petak penalti. Arsenal menambah satu lagi jaringan hasil dari tendangan percuma oleh Cazorla dan ditandukan cantik ke dalam gawang oleh Giroud.

Keputusan penuh Machester City tewas 0 – 2 kepada Arsenal. Kemenangan ini telah melonjak Arsenal ketangga ke 5 di bawah MU dan MC ketinggalan 5 mata kepada Chelsea tapi kekal di tangga ke 2. Untuk melihat jadual dan keputusan penuh BPL minggu ke 22 sila klik SINI.

Kepada peminat Arsenal boleh klik SINI untuk melihat semua keputusan game Arsenal untuk musim 2014/14 dan jadual perlawanan akan datang mengikut waktu Malaysia.

Kongsi pendapat anda