Keputusan Rasmi PKR: Hanya Azizah dicalon ganti Khalid

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengesahkan bahawa keputusan rasmi parti adalah mencalonkan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

Justeru, katanya, tidak timbul bahawa nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengarah Strategi PKR memaklumkan sebarang keputusan sama ada untuk memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti itu terletak pada Biro Politik. Katanya, Biro Politik akan bertindak selepas mendapat laporan daripada Lembaga Disiplin yang bertanggungjawab mengendalikan pendengaran oleh Khalid.

kinitv.com

Kongsi pendapat anda