Keputusan Selangor vs JDT

JDT turun dengan status juara bertahan, JDT ibarat harimau luka yang pasti cuba bangkit selepas dikejutkan 1-0 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan ter­akhir, minggu lalu. Selepas mengkritik mutu padang di Stadium Shah Alam sejurus tewas kepada PDRM, anak-anak buah Bojak Hodak perlu berdepan Sela­ngor di venue yang sama untuk mencari kemenangan.

Keputusan Selangor vs JDT

Ia tidak mudah buat JDT kerana Red Giants juga ibarat gergasi luka yang berusaha mencari kemena­ngan pertama di tempat sendiri. Dua perlawanan pembukaan Selangor dalam Liga Super musim ini berlangsung di tempat lawan. Mereka kalah 2-0 kepada Terengganu dalam aksi sulung, sebelum seri 1-1 dengan Pahang di Kuantan.

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat Selangor dengan keputusan 1-1 di Stadium Shah Alam. Pemain import dari Indonesia, Andik Vermansah meletakkan skuad ‘Gergasi Merah’ di depan seawal minit pertama sebelum Luciano Figueroa menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-62.

Keputusan Penuh Liga Super Malaysia

Perlawanan berkenaan yang disaksikan hampir 30,000 penyokong berlangsung tegang sehingga memaksa pengadil, Samsuddin Ibrahim melayangkan kad kuning kepada beberapa pemain kedua-dua pasukan.

Kongsi pendapat anda