Kereta Mewah Pemain JDT

Pelbagai reaksi ditunjukkan peminat bola sepak tempatan selepas pemain JDT menayang kejayaan dan kemewahan mereka dengan tujuan untuk ‘memberi motivasi’ kepada peminat sukan.

Facebook Johor Southern Tiger semalam memuat naik gambar dua pemain JDT, iaitu Safiq Rahim dan S Kunalan bersama kereta baru mereka.

Kereta Safiq Rahim

kereta Kunanlan

Safiq Rahim dengan kereta Ford Mustang dan S Kunanlan dengan kereta Dodge Challenger. Ada yang menyokong dan tidak kurang mereka yang mempersoalkan tindakan menayang kenderaan mewah tersebut.

Sudah tentu dengan kerja keras mereka selama ini dalam industi sukan bolasepak, ingin memajukan diri dari segi kewangan dan juga aset. Sekurang-kurangnya pengorbana dan titik peluh mereka berbaloi dan dihargai. Yang penting, ada hasilnya.

Kredit gambar : Facebook JDT

Kongsi pendapat anda