Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Diraja

Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri, hari ini memohon pengampunan diraja daripada Sultan Selangor terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh model Mongolia, Altantunya Shaariibuu.

Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi tadi.

Petisyen itu antaranya mengandungi nota keterangan kes itu, rekod rayuan dan nas perundangan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar Terbaru Sirul Azhar

gambar arkib

Ditanya berapa lama proses pengampunan itu, Hazman berkata ia terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor. Hazman berkata beliau menfailkan petisyen itu selepas mendapat arahan daripada Azilah, 38, yang kini ditahan di Penjara Kajang.

Kongsi pendapat anda