Kes Altantuya : Setev Shaariibuu teruskan saman RM100 juta

Hanging on the neck until dead

Itulah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri pada hari ini.

Pada sidang mahkamah hari ini, Sirul Azhar dimaklumkan tidak hadir kerana berada di Australia dan tidak cukup duit untuk pulang ke Malaysia. Manakala Azilah Hadri kelihatan tenang dan hanya menerima apa jua hukuman yang dijatuhkan.

“Azilah telah bersedia hadapi apa jua keputusan yang ditetapkan mahkamah. Dia akan terima sama ada baik atau buruk. Dia tak nak lari daripada hukuman,” Norazila Baharuddin (bekas tunang Azilah)

Altantuya Murder Trial

Abdul Razak Baginda yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib, pada awalnya didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Bapa mendiang Altantuya, Setev berkata isteri dan dua anak lelaki Altantuya gembira mengetahui bahawa pesalah, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, akan digantung bagi jenayah yang mereka lakukan. Setev memfailkan tuntutan saman RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan Malaysia pada Jun, 2007.

Setev Shaariibuu

Setev Shaariibuu

“Najib dan Musa akan disapina untuk memberi keterangan dalam kes ini. Tetapi tidak tahu sama ada mereka akan cuba membuat permohonan untuk dikecualikan daripada datang ke mahkamah,” Peguam Ramkarpal Singh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri adalah saksi yang berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan ini.

Wajah Azilah Hadri

Sebelum ini, tuntutan saman ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahu perbicaraan jenayah selesai terlebih dahulu. Dengan keputusan sabitan bersalah kepada Azilah Hadri dan Sirul Azhar, maka ia menjadi kelebihan kepada Setev.

Apakah sambungan selepas ini? Adakah Azilah cuba untuk mendapatkan pengampunan Sultan dan adakah Sirul Azhar akan ditangkap di Australia?

Kongsi pendapat anda