Kes Altantuya : Sirul tidak cukup duit pulang dari Australia

Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Kes yang lama ini sudah masuk tahun kesembilan di mana pelbagai cerita dan teori konspirasi ini berlaku.

Keputusan membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Tun Abdul Majid Tun Hamzah

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah seperti mengikut pertuduhan. Kami membenarkan rayuan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka,” kata Hakim Suriyadi

Koperal Sirul Azahar tidak hadir ke Mahkamah

Menurut sumber, beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia. Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas

Cif Inspektor Azilah Hadri tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan manakala Hakim Arifin mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar yang tidak hadir di mahkamah

kes altantuya terkini

Sebuah lagi persoalan penting berhubung panggilan telefon yang dilapor dibuat oleh Azilah daripada tapak kejadian. Dengan siapa sebenarnya beliau bercakap?

Dan sekarang Sirul sendiri hilang dan dikatakan berada di luar negeri.

Ketidakhadiran Sirul di mahkamah hari ini membuka sebuah lagi ‘teori konspirasi’, dengan ada yang percaya bahawa dia mungkin akan membongkar sesuatu.

Polis telah membersihkan nama Najib manakala orang kepercayaannya Abdul Razak Baginda, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat. Azilah dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Okt dan 1 pagi, keesokan harinya pada 20 Okt 2006.

Satu-satunya peluang terakhir adalah Cif Inspektor Azilah Hadri hanya boleh merayu kepada Sultan Selangor, dan waran tangkap Koperal Sirul Azhar sudah dikeluarkan.

Apakah kisah seterusnya??

>> Bapa Altantuya teruskan saman RM100 Juta <<

Kongsi pendapat anda