Kes Rasuah Khir Toyo : “Ada Silap Pertuduhan”

Panel lima orang hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mendengar rayuan terakhir Khir Toyo terhadap sabitan hukuman penjara 12 bulan. Anggota panel yang lain ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma’arop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha  dan Datuk Ramly Ali.

Khir Toyo Terkini

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan mengakui ada sedikit kesilapan dalam pertuduhan ke atas bekas menteri besar Selangor itu.

Pertuduhan itu menyatakan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas kapasiti rasminya sebagai Menteri Besar Selangor, manakala Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Dr Mohamad Khir atas kapasitinya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Pihak pendakwa raya tidak meminda pertuduhan itu sehingga hari ini. Kami dipandu oleh pertuduhan itu. Pertuduhan terhadap perayu (Dr Mohamad Khir) ada kecacatan,” Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Khir Toyo 2015

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas.

Kes ini adalah di antara kes berprofil tinggi yang lama dibicarakan.

Kongsi pendapat anda