Ketua Cabang PKR setuju Wan Azizah jadi MB Selangor

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Yahya Sahri menegaskan bahawa kesemua ketua cabang PKR di Selangor telah menerima keputusan parti untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baru.

Ini turut termasuk Azizi Ayob yang membuat kenyataan nama beliau dipergunakan dalam satu kenyataan media meminta menteri besar sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikenakan tindakan displin kerana mengingkari arahan parti.

Khamis lalu, Yahya yang juga ketua cabang PKR Tanjong Karang mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan kepimpinan tertinggi PKR.

yahya sahri

Yahya bersama ketua cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar) turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai lalu.

Azizi ketika dihubungi sekali lagi menafikan beliau bersetuju dengan kenyataan media tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut dan menutup telefonnya.

sumber : Malaysiakini

Kongsi pendapat anda