Kewujudan Apendiks, Untuk Apa?

Apendiks merujuk kepada satu bahagian tambahan yang melekat pada organ utama.
Jika di dalam badan manusia, ia boleh ditemui di hujung usus besar.

kedudukan-apendiks

Dari segi perubatan, sakit yang berkaitan dengan apendiks dipanggil apendisitis, atau lebih dikenali sebagai keradangan apendiks dan ia menyebabkan pesakit yang mengalaminya akan berakhir di bilik bedah dan apendiksnya dibuang.

Kewujudan apendiks sebagai salah satu organ di dalam badan manusia sering menjadi tanda tanya, sehingga kadang-kala ia dianggap tidak diperlukan kerana setelah ia dibuang, manusia masih boleh hidup seperti biasa.

lompat-lopak

Para saintis kini telah menemui jawapan bagi teka-teki tersebut.
Hasil kajian telah membuktikan apendiks berfungsi sebagai tempat simpanan bakteria baik di dalam tubuh.

Bakteria baik ini pula membantu dalam sistem imunisasi badan, terutama apabila tubuh diserang diarea (cirit-birit).

virus

Kajian para saintis itu juga mendapati mereka yang apendiksnya telah dibuang lalu mengalami diarea, tempoh pemulihannya lebih memakan masa, terutama apabila bakteria baik tersebut sudah tiada di dalam tubuh.

Kongsi pendapat anda