Khairul Hafiz leburkan rekod 200m lelaki

Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan sekali lagi membuktikan dirinya berada dalam tahap terbaik untuk menjadi pencabar utama acara pecut Sukan SEA ke-29 dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94 malam ini.

Pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90 saat pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini untuk memecahkan rekod 20.92s milik Tan Sri Dr. M Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico.

Ia juga mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar.

Khairul sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas mencatatkan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Julai lalu.

Kongsi pendapat anda