Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadap Sultan Selangor pada hari ini selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan beliau memperoleh sokongan majoriti Adun Selangor termasuk dua Adun PAS.

Sultan Selangor

Beliau menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan masa depan pimpinan kerajaan negeri. Khalid enggan meletak jawatan sebagai menteri besar dan mengingkari keputusan pimpinan PKR mengundur diri bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Sultan Selangor sebelum berangkat ke luar negara menitahkan Khalid tidak membuat sebarang kenyataan berhubung statusnya sebagai menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air.

Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Update: Tan Sri Khalid Ibrahim memasuki istana pada 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan sultan tiba. Beliau telah memberitahu kepada DYMM Tuanku Sultan untuk meletak jawatan sebagai Menteri besar Selangor. Sultan titahkannya kekal jawatan sehingga pengganti dilantik.

Sultan Selangor menolak peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap Pakatan Rakyat memberi lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.

Kongsi pendapat anda