Khalid Ibrahim mungkin digugurkan sebelum Aidilfitri

Nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dijangka akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat berkemungkinan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat.

Desas-desus pertukaran menteri besar Selangor kedengaran sekali lagi sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan terdapat maklumat palsu yang mengaitkan kononnya pihak Istana Selangor memperkenan Abdul Khalid melepaskan jawatan yang disandangnya itu.

gambar khalid ibrahim MB Selangor

Begitulah nasib orang politik walaupun memberi khidmat baik kepada rakyat bukan jaminan boleh kekal kalau tidak mengikut aturan parti. Khalid Ibrahim antara beratus mangsa politik yang telah tersingkir apabila matlamat dan perjuangan sudah tidak selari. Demokrasi memang satu slogan yang idah disebut tetapi sukar diamalkan. Demokrasi hanya betul apabila ianya mengikut acuan yang telah ditentukan.

Asamboi hanya mampu geleng kepala melihat keadaan ini.

Kongsi pendapat anda