Khalid Ibrahim : Selangor Tidak Akan Laksana Catuan Air

KERAJAAN Selangor buat masa ini tidak akan melaksanakan program catuan air secara berjadual bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau ketika ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya paras air di beberapa empangan di negeri ini masih di bawah paras minimum dan membimbangkan.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga bulan November yang dijangka musim tengkujuh.

isu air selangor

“Antaranya menggunakan air daripada kolam-kolam sedia ada. Begitu juga hari ini dan dua hari yang lepas, kita telah mengadakan pembenihan awan dan hasilnya kita mendapat hujan yang telah menambah lagi paras air di empangan dan kawasan lembah. Jadi kita tidak ingin buat catuan sebab kalau program penjagaan air mentah ini dapat dilakukan dan Insya-Allah dapat diteruskan sehingga bulan November, perkara ini (bekalan air) tidak jadi masalah,” Khalid Ibrahim

Terdahulu beliau dan barisan Exco menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung pelaksanaan memorandum persefahaman antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

Mengulas lanjut, Khalid berkata Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan isu air termasuk paras air dan bagaimana mengatasi isu bekalan air.

Kongsi pendapat anda