Khalid Samad Diserang

Terbaru, satu video memperlihatkan Khalid Samad diserang oleh sekumpulan pemuda ketika menghadiri dewan parlimen sebaik sahaja beliau keluar daripada keretanya.

Video berdurasi 3 minit itu telah mula tersebar pada ruang-ruang media sosial. Di dalam video itu Khalid Samad dikelilingi oleh pasukan keselamatan sebelum beberapa orang pemuda bertindak menghampiri beliau.

2-khalid-diserang

Sekumpulan pemuda itu menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat. Turut didengari satu ugutan kepada Khalid Samad.

Ini baru permulaan..!!, jelas salah seorang pemuda tersebut

1-khalid-diserang

Isnin lalu, Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Baca sini : http://www.asamboi.my/ahli-dewan-rakyat-berperang-mulut/.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan “sial” kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Kongsi pendapat anda