Komen Tok Ram punca Elly Mazlein tarik diri Gegar Vaganza 3

Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.

“Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.

Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang”

dsv-dan-elly-mazlein

Elynn.. Nangis.. Tangisan.. Seorang insan…. 😣😣😣

A video posted by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Begitulah kisahnya di sebalik penyingkiran Elly Mazlien yang berlaku semalam di Gegar Vaganza 3 Minggu 4.

Dan ini nasihat Dato’ Seri Vida untuk Elly Mazlien dan peminatnya.

Selamat berjuang kepada rakan-rakan artis yang lain di dalam Gegar Vaganza 3.

Kongsi pendapat anda