Konsert Akhir Gegar Vaganza 3

Program GegarVaganza 3 (GV 3) sudah menghampiri kemuncaknya. Malam ini, enam finalis bakal berentap dan seorang bintang bakal dinobatkan sebagai juara.

Siaran secara langsung disiarkan bermula pada jam 9.00 malam. Untuk info kini hanya 6 peserta antaranya Ameng Spring, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Siti Sarah, Azharina dan Intan Sarafina masih berentap pada konsert akhir.

lagu-final-gegar-vaganza-3

Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad, 4 Disember) dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara

Kongsi pendapat anda