Konsert Akhir Juara Parodi

Sudah beberapa minggu bertarung, kini tinggal 5 kumpulan di pentas akhir Juara Parodi.

Program berunsur hiburan ini telah berlangsung 11 minggu secara langsung dimana penyanyi-penyanyi dan pelawak-pelawak popular tanahair bakal membentuk kumpulan dan berentap sesama mereka. Untuk minggu ke 12 ini, konsert akhir akan di adakan di Teater Shah Alam, Selangor.

Juara Parodi Konsert Akhir

Keputusan bagi finalis Konsert Akhir Juara Parodi akan ditentukan oleh juri profesional berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan mewakili sebanyak 70% markah. Manakala baki 30% markah lagi adalah menerusi undian sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton pada setiap minggu.

Juara Parodi Akhir

Saksikan konsert akhir Juara Parodi pada hari Jumaat 22 Januari 2016 bermula jam 10 malam secara siaran langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134)

Kongsi pendapat anda