Konsert Hayat 45 Tahun Seniman Ramli Sarip

Penyanyi Datuk Ramli Sarip bakal mengadakan konsert Hayat…45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober ini di Istana Budaya.

Ramli, 63, berkata, kejayaan konsert jelajah Blues Buat Teman yang berakhir pada Mei lalu membuatkan dia ingin mengadakan konsert berskala lebih besar bersempena dengan 45 tahun dirinya berkecimpung di dalam dunia seni muzik.

konsert ramli sarip

Dalam pada itu, Ramli turut mengundang vokalis kumpulan God Bless, Achmad Albar, Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah selain anggota kumpulan Sweet Charity iaitu Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir.

Sementara itu, konsert tersebut turut akan diadakan di Esplanade, Singapura pada 21 Oktober 2014.

Tiket konsert di IB pada harga RM83 hingga RM443 boleh ditempab menerusi laman web www.iLassotickets.com atau talian 03-79576088. Manakala di Singapura pula dijual pada harga $40 hingga $80 menerusi laman web www.sistic.com.

Kongsi pendapat anda